Header Ads

TANAH MELAYU 57




LOGO RASIONAL

TANAH MELAYU 57

Logo ini direka menggunakan konsep gabungan Wordsmark (perkataan) dan juga simbol (symbol/ icon).

Reka bentuk logo ini diinspirasikan daripada logo pelumba motor GP iaitu Marc Marquez. 
MM93. 

Tanah Melayu 57 membawa maksud perjuangan orang-orang yang berjuang untuk 
mendapatkan hak kebebasan mentadbir tanah air sendiri.  Dua garisan condong membentuk huruf 'M' membawa maksud Merdheka yang diperjuangkan dua golongan itu Pro Haluan Kanan dan Pro Haluan Kiri.

Haluan Kiri diterjemahkan dalam warna merah, membawa maksud pertumpahan darah dalam memperjuangkan nilai agama, bangsa dan tanah air. Haluan kanan diterjemahkan dengan warna hitam yang membawa maksud Kemerdekaan diperolehi dengan cara rundingan damai dengan pihak luar.

Cakaran harimau membawa maksud meminjam semangat Harimau Malaya. Harimau digambarkan haiwan yang garang dan gagah perkasa. Justeru itu untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang kita usahakan, pereka menyampaikan mesej agar individu/ komuniti/ rakyat/ masyarakat perlu menyiapkan persediaan daripada segi mental dan fizikal dalam mendepani ancaman/ cabaran yang datang dari pelbagai sudut.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rekaan Logo : TaufiKhadri

Klik Link Whatsapp :
Nak Buat Logo Dengan Taufix lah





SUMBER  INSPIRASI :





Tiada ulasan