SAKSI AIR MATA
ULAMA
Awan berarak memayungi kekasihku
Sinaran mentari tidak membasahimu
Burung berterbangan sambil berzikir
Itulah dia pemegang amanah Illahi
Saat kekasihku dilontar batu
Oleh Penduduk Thoif yang gila
Lelehan air mata tidak diperduli
Maka doa sahaja yang menjadi senjata taqwa
Ummati ...Ummati .....Ummati
Ungkapan keramat yang diungkap kekasihku
Ketika saat terakhir Izrael mahu mengambil nyawanya
Penduduk di langit dan bumi mengalirkan air mata mereka
1400 tahun meninggalkanku
Tahun 2012 menjadikan umat mu yang berpecah kian bersatu
Tapi sayang mereka telah mencemarkan nama Agama yang dibawamu
Hampir aku menangis apabila dituduh Muhammad membela Pengganas
Aku Menangis ...Menangis yang tiada berlagu
Sedih melihat perbuatan Ulama yang semakin bisu
Membiarkan maksiat di kaca televesyen bermaharajalela
Sedih melihat perbuatan Ulama yang semakin bisu
Membiarkan maksiat di kaca televesyen bermaharajalela
Di saat anak haram lahir di celahan cendawan
Post a Comment