Header Ads

ZIP

HARI ini kami satu jabatan minum petang di hotel 5 bintang meraikan salah seorang antara kami yang bersara pada 1.1.2026. Seperti biasa diadakan acara ucapan. Ada ucapan ketua jabatan dan semestinya ucapan perpisahan yang diraikan.

Dalam ucapan ada gelak, tawa dan kadang-kadang sedih meruntun perasaan. Maklumlah bila dah bersara jarang-jarang dapat bertemu lagi. Sedangkan kita puluhan tahun bekerja di bawah bumbung yang sama. Lumrah kehidupan ada yang baru datang dan ada yang akan pergi. Tapi tempat itu akan terus berdiri dan diisi oleh insan-insan lain.

Apa yang pasti kita hanya akan hidup dalam kenangan orang yang mengingati kita. Selepas itu ia akan menjadi sejarah dan kadang-kadang hilang dan dilupakan.

Kembali ke acara tadi, tiba masa pengisian slot memberi hadiah. Pasangan pengacara dua sejoli, Nizam dan Suzana mengambil tempat penuh dengan kata puitis dan pantun. Ada jenaka dan seloka diucapkan Suzana, 

“Bagi meneruskan acara majlis menjemput wakil-wakil unit dan individu untuk menyampaikan hadiah kepada yang diraikan, majlis mempersilakan..."

Semua wakil menyampaikan hadiah mengikuti giliran. Ada beg hadiah  yang kecil dan  besar, beg merah Habib Jewels pun ada terselit. Hadiah tak penting yang penting keikhlasan pemberi buat kenangan pada yang diraikan.

Kini giliran Nizam pula berucap,

"Seterusnya dipersilakan Ustaz Ismail, wakil Kelab Kebajikan menyampaikan cenderamata kenangan kepada Puan Hawa,” 

Kami pun tepuk ramai-ramai. Tiba-tiba, Nizam tunjuk ke arah Ustaz yang tengah bawa hadiah dan berkata dengan pembesar suara. 

“Eh Ustaz, kenapa zip Ustaz tak tutup…”

Kami semua terdiam seketika, semua memandang ke arah seluar Ustaz Ismail... tergamam.
Nizam meneruskan ucapan. 

“Eh bukan zip seluar  ustazlah, Zip beg hadiah tu yang terbuka tak tutup... hahhaa,”

“Ooooo kata kami serentak, nasib baik... ingatkan zip seluar ustaz yang tak tutup,” pecah berderai dengan sorak sorai kami petang itu di Angelo Restoran Grand Darul Makmur Hotel.


TAMAT

Catatan: Cerita ini adalah karya Nasrul BK. Skilo Media hanya menyiarkan sahaja. Segala hak cipta kekal milik pengarang.

 -------------------------------------------------------------------

Biodata Pengarang:
Nasrul BK

3 ulasan:

  1. Teirma kasih Tuan Pengarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. Skilo Media bukannya Pengarang Cerita. Skilo Media cuma Penyelenggara e-Cerpen Mini. Terima kasih daun pandan.

      Padam
  2. Biodata ringkas Nasrul BK

    Nasrul Isyam Bin Abdul Hamid (Nasrul BK) berasal daripada Kg Desa Murni Kerdau Temerloh Pahang, Pensyarah di Kolej Matrikulasi Pahang dan merupakan Penolong Setiausaha Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

    BalasPadam